Riders Malaya Community
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rock Oil pikat dua pasukan lumba

Go down

Rock Oil pikat dua pasukan lumba Empty Rock Oil pikat dua pasukan lumba

Post by ganahsokmo Thu Jan 28, 2010 2:24 pm

MEREKA yang sering mengikuti siri Kejuaraan Cub Prix Petronas AAM Malaysia, nama pelincir Rock Oil memang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Minyak pelincir berprestasi tinggi antarabangsa dari United Kingdom, Rock Oil yang menaja pasukan UTM Racing sejak tiga tahun lalu selain pasukan Mico Rock Oil dalam Lumba Tahan Lasak Merdeka 2006/07, kini mula mengorak langkah lebih jauh.

Pelincir berkualiti tinggi itu kini giat mengadakan rundingan dengan dua pasukan perlumbaan drag dan drift tempatan sebagai satu cara mempromosikan produknya selepas mendapat sambutan di pasaran tempatan sejak Disember 2005.

Pengarah syarikat pengedar tunggal Rock Oil di Malaysia, Rock Auto Lube Sdn Bhd, Wong Sherng Chow berkata, pihaknya yakin dapat memikat kedua-dua pasukan berkenaan berdasarkan reputasi dibina dalam sukan dan industri pemotoran tempatan itu.

"Penajaan minyak pelincir Rock Oil mendorong UTM Racing di landasan membina kejayaan secara berperingkat-peringkat dengan menduduki tempat keempat dalam pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix di Melaka, Jun lalu.

"Pasukan itu kini mempunyai empat pelumba di bawah pengurusan Hairullail Ismail yang berpotensi cerah untuk menguasai kejuaraan itu dalam sedikit masa lagi," katanya ketika majlis prapelancaran Rock Oil, baru-baru ini. Hadir sama Pengarah Urusan Rock Oil UK, Charles E Hewitt.

Beliau berkata, produk minyak pelincir yang disumbangkan buat UTM Racing terdiri daripada Synthesis Xnp 5W30, 10W40, Synthesis 4 Racing 15W50 dan Endurance Racing Oil trm 20W60.

Selain terbabit dengan sukan pemotoran, Rock Oil sudah lama bertapak dalam industri pembinaan, pengangkutan, marin dan komersial.
"Mereka yang mahu mengenali Rock Oil lebih lanjut boleh menghubungi pengedar di Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Pulau Pinang," katanya.



sumber :: harian metro

ganahsokmo

Join date : 16/01/2010
Age : 42

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum