Air Terjun 50 meter

View previous topic View next topic Go down

Air Terjun 50 meter

Post by ganahsokmo on Thu Jan 28, 2010 3:20 pm

PERSEKITARAN dipenuhi flora dan fauna serta keunikan air terjunnya menjadikan Lata Kekabu destinasi perkelahan popular di Lenggong, Perak.

Kedudukannya berhampiran jalan utama Lenggong ke bandar Kuala Kangsar menjadikan ia mudah dikunjungi. Jika berkenderaan, ia mengambil
masa 15 minit dari Lenggong atau 30 minit dari Kuala Kangsar.

Ia sebahagian hutan semula jadi Gunung Bintang dan mempunyai kawasan air terjun yang memikat.

PERSEKITARAN dipenuhi flora dan fauna serta keunikan air terjunnya menjadikan Lata Kekabu destinasi perkelahan popular di Lenggong, Perak.

Kedudukannya berhampiran jalan utama Lenggong ke bandar Kuala Kangsar menjadikan ia mudah dikunjungi. Jika berkenderaan, ia mengambil
masa 15 minit dari Lenggong atau 30 minit dari Kuala Kangsar.

Ia sebahagian hutan semula jadi Gunung Bintang dan mempunyai kawasan air terjun yang memikat. Pohon di hutan lipur Lata Kekabu itu digunakan untuk pendidikan terutama pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Namun, tarikan utama pastinya air terjun setinggi 50 meter (m) dan aliran anak sungainya yang jernih untuk mandi manda. Anda boleh mengembara dengan mengikut laluan di tebing sungai atau di tepi air terjun untuk meneroka hutan berkenaan.

Ambil masa untuk mendengar bunyian unggas atau merakamkan fotografi secara suka-suka untuk rakaman kenangan. Ada banyak kawasan di sekitar hutan lipur yang boleh dijadikan lokasi berehat sambil bersantai.

Banyak kemudahan di sini termasuk tempat letak kereta, tempat makan, wakaf untuk berehat dan kawasan mandi.


Seharian di Lata Kekabu, segala kepenatan dan kekusutan fikiran bekerja sepanjang minggu seperti terubat.




sumber :: variasi harian metro

ganahsokmo

Join date : 16/01/2010
Age : 35

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum