Percutian Dingin Tetapi Mencabar

View previous topic View next topic Go down

Percutian Dingin Tetapi Mencabar

Post by ganahsokmo on Thu Jan 28, 2010 3:23 pm

TERLETAK 1,000 meter dari paras laut, Awana Genting Highlands Golf & Country Resort menyediakan percutian hebat yang jauh daripada
kesibukan kota.

Menara Awana Genting Highlands setinggi 28 tingkat menyediakan 413 bilik, antaranya Double Deluxe, Superior Deluxe, Premier Suite,
Superior Suites dan Club Suites.

Jika meminati golf, padang golf yang dibuka pada 1986 boleh menempatkan sehingga 120 orang pemain. Awana Genting Fun & Adventure Activities turut menyediakan aktiviti lasak seperti merentas hutan, meneroka air terjun, 'abseiling', 'mountain
bike' dan berkhemah.

Di sini juga ada meja ping pong, gelanggang skuasy, 'rock climbing' dan laluan untuk berjoging.

Aktiviti yang tidak boleh dilepaskan adalah Moonlight Tour yang memberi peluang kepada pengunjung menikmati suasana malam termasuk 'night trekking', 'discovery walk', astronomi dan memerhati kelip-kelip.

Selain itu, pusat peranginan ini turut menyediakan kolam jakuzi kepada yang mahu menenangkan minda dan merehatkan badan. Untuk
kanak-kanak, ada aktiviti menunggang kuda, memanah, gimnasium, permainan video serta snuker. Makanan yang disediakan halal sama ada
tempatan, barat, Jepun atau Korea.

Awana Genting Highlands tempat yang sempurna untuk mesyuarat, latihan dan konvensyen kerana 13 dewan sedia ada mampu memuatkan kumpulan dari 50 hingga 200 orang.

Jangan lupa kunjungi Waltex Biotec-Dunia Phalaenopsis (Ladang Orkid) dan Genting Strawberry Leisure Farm yang hanya lima minit perjalanan dari Awana Genting.

Pencinta orkid pasti terpegun dengan kewujudan 398 spesies orkid dalam pelbagai warna di World Phalaenopsis yang dijual dengan harga RM3 untuk anak benih dan RM6 untuk tumbuhan berpasu.

Genting Strawberry Leisure Farm adalah satu tarikan baru di tanah tinggi itu yang terletak di Gohtong Jaya, malah ladang itu menawarkan
jus dan jem strawberi. Di sini juga ada Kebun Cendawan Tanah Tinggi yang ditanam pelbagai jenis cendawan antaranya cendawan tiram, cendawan abalon dan cendawan jeli hitam.

Maklumat lanjut mengenai Awana Genting Highlands, hubungi 03-6436 9000, atau mengunjungi laman web www.awana.com.my.


sumber :: variasi harian metro

ganahsokmo

Join date : 16/01/2010
Age : 35

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum