'Scrambler' Kembali Lagi

View previous topic View next topic Go down

'Scrambler' Kembali Lagi

Post by ganahsokmo on Wed Feb 10, 2010 7:31 pm

MOTOSIKAL lasak atau lebih dikenali dengan panggilan 'Scrambler' memang menjadi kegilaan anak muda suatu masa dulu.

Ini kerana pada era 80-an, motosikal berkenaan lebih berkuasa daripada model kapcai yang ada di pasaran ketika itu.
Lihat sahaja filem Gila-Gila Remaja yang menampilkan sekumpulan mat motor dengan motosikal Scambler mereka.
Kali ini, motosikal jenis itu mendapat perhatian semula dan langkah Kawasaki membawa masuk model KLX150S tepat pada masanya.

Peluangmenunggang uji motosikal dwikegunaan (dual-purpose) terbaru, Kawasaki
KLX150S memberi pengalaman tunggangan baru bagi penulis.

KLX150S adalah jelmaan daripada model motosikal lasak yang lebih besar kapasiti enjinnya, tetapi dengan bentuk lebih maskulin dan rendah memudahkan penunggang bersaiz kecil mengawalnya.

Dijana enjin satu silinder empat lejang 144cc sejukan udara, motosikal ini mudah bertindak balas sebaik sahaja pendikit dipulas. Jelas kuasa yang ada pada nadinya sudah cukup membuatkan tunggangan selama seminggu lebih menyeronokkan.

Posisi tunggangan tinggi manakala saiznya yang kecil dan ringan memudahkan penulis menyelit di celah-celah kenderaan ketika waktu puncak tanpa sebarang masalah.

Lampu hadpaan unik menjadikannya tampak garang dengan logo serta warna hijau korporat Kawasaki sentiasa mendapat jelingan penunggang lain. Dipadankan dengan kekotak gear lima kelajuan, model ini mampu meredah sebarang permukaan jalan raya dengan mudah.

Penutup
sisi melindungi bahagian enjin inspirasi model jentera offroad siri Kawasaki KX yang berkuasa lebih besar menjadikannya tampak unik dan
menarik.

Fork hadapan bersaiz 33mm digunakan pada bahagian hadapan dan bantuan penyerap hentak tunggal dengan spring boleh laras menjadikan tunggangan di laluan lasak lebih selesa.

Roda hadapan bersaiz 19 inci manakala roda belakang sebesar 16 inci memberikan sudut dongak dan kelegaan bumi diperlukan ketika mengharungi jalan lasak atau berlumpur.

Kawasaki KLX150S ditawarkan dengan brek cakera hadapan 240mm dwiangkup bersama brek cakera 190 mm di belakang, menjadikan kuasa pemberhentian lebih selamat dan stabil. Malah, penghidup elektrik amat berguna terutama apabila menjadikan jentera lasak ini sebagai kenderaan seharian ke pejabat.

Selain digunakan di laluan bandar, penulis sempat menguji motosikal ini di laluan lasak sekitar Ulu Yam, Selangor dan ternyata ia tidak
memberi sebarang masalah untuk mengawalnya.

Kuasa enjin yang dibekalkan sudah cukup untuk mendaki bukit yang agak tinggi atau menuruni curam sempit. Walaupun tidak berkesempatan mengujinya di laluan lebih mencabar, tetapi penulis yakin dengan ketinggian dan kuasa yang ada, KLX150S mampu meredah sebarang laluan.
Malah, laluan di sekitar ibu kota juga tidak mengecewakan berikutan saiznya yang kecil serta tayar lebih besar. Bagi mereka yang mahukan kelainan ketika menunggang, Kawasaki KLX150S boleh memberikan jawapannya.


>SPESIFIKASI
KAWASAKI KLX150S
Enjin: Satu silinder empat lejang sejukan udara SOHC
Kuasa maksimum: 11.5hp pada 8000 rpm
Tork maksimum: 12 Nm pada 6500 rpm
Berat: 108kg
Harga: RM8,589

ganahsokmo

Join date : 16/01/2010
Age : 35

Back to top Go down

Re: 'Scrambler' Kembali Lagi

Post by Chi Kent on Wed Feb 10, 2010 8:36 pm

xdak gmbr ka?

Chi Kent
Crew

Join date : 19/01/2010
Age : 30

Back to top Go down

Re: 'Scrambler' Kembali Lagi

Post by valentino joei99 on Thu Feb 11, 2010 9:00 am

aku dah try test acu tengok kat kdai,macam best,xdela tinggi sangat,suspension lembut je.. Smile
tp bila mngenangkan topspeed 120 je lemah skit semangat aku,kalo dapat 140 ke kan best,bleh menten kat hiway 120 jadila,xdela bahaya..
kalo beli aku nak buat motard style,tukar rim lebar,pastu pakai tayar street... rabbit




pastu buat camni,layannnzzzzz:

valentino joei99
Crew

Join date : 18/01/2010
Age : 33

Back to top Go down

Re: 'Scrambler' Kembali Lagi

Post by freakkarr on Thu Feb 11, 2010 10:53 am

pernah nak menjadi moto kedua aku..harga dalam RM8k++ bentuk dier menarik tp comel sangat..cm bawak basikal (125Z)..

dapat masuk excel itam,tayr lebar blakang 120/70 michelin depan 90/70..pergh..
mantap gak..tak dapat 250,150s pn jd laa...lom test drive lg..

freakkarr

Join date : 20/01/2010
Age : 32

Back to top Go down

Re: 'Scrambler' Kembali Lagi

Post by freakkarr on Thu Feb 11, 2010 1:34 pm



kawasaki KLX 250

freakkarr

Join date : 20/01/2010
Age : 32

Back to top Go down

Re: 'Scrambler' Kembali Lagi

Post by freakkarr on Thu Feb 11, 2010 2:05 pm




kawasaki KLX150s

freakkarr

Join date : 20/01/2010
Age : 32

Back to top Go down

Re: 'Scrambler' Kembali Lagi

Post by zul_caffan on Thu Feb 11, 2010 2:54 pm

lawa gak... tp tak sesuai dgn jiwa aku heh heh heh heh

zul_caffan

Join date : 18/01/2010
Age : 34

Back to top Go down

Re: 'Scrambler' Kembali Lagi

Post by freakkarr on Thu Feb 11, 2010 4:47 pm

lain org lain pendapat..kekadang ader yg cinta pandang pertama..test drive trus jer booking!!

freakkarr

Join date : 20/01/2010
Age : 32

Back to top Go down

Re: 'Scrambler' Kembali Lagi

Post by sis rider on Wed Feb 24, 2010 4:03 pm

masa tengok kat paper hr tu,bos terus terpikat,hajat memang nak beli tp bila tengok kat kedai,adehhhh......comelnya.........terus terbatal........

sis rider

Join date : 19/01/2010
Age : 45

Back to top Go down

Re: 'Scrambler' Kembali Lagi

Post by valentino joei99 on Thu Feb 25, 2010 9:00 am

motor yg comel ke boss yg comel?? study scratch study








caboooottttttttttttt..... Razz Razz

valentino joei99
Crew

Join date : 18/01/2010
Age : 33

Back to top Go down

Re: 'Scrambler' Kembali Lagi

Post by speeder23 on Thu Feb 25, 2010 9:52 am

ksr kire skremler ke? scratch

________________________________________________________________________________________________
9TH PLACE..BIKER IDOL 2010


speeder23
Moderator

Join date : 16/01/2010
Age : 35

http://www.facebook.com/ariff.speeder?ref=name#/ariff.speeder?re

Back to top Go down

Re: 'Scrambler' Kembali Lagi

Post by freakkarr on Thu Feb 25, 2010 11:27 pm

moto sebesar mountain bike..ha3x betul laaa comei sesangat..kalo sama besar ngan KLX 250 oke la gk..

freakkarr

Join date : 20/01/2010
Age : 32

Back to top Go down

Re: 'Scrambler' Kembali Lagi

Post by Sponsored content Today at 4:22 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum